FALL IN LOVE WITH ONE DIRECTION "ZAYN MALIK"


Wednesday 20 November 2013

Keboringan.

Assalamualaikum. Keboringan. Apakah maksud keboringan tuu? Keboringan ni adik beradik dengan bosan. Mak ayah keboringan berasal daripada keturunan Belanda. Boroi dan juga Barai. Apabila boroi dan barai berkahwin, maka wujudlah keboringan ini. Harap maklum. Hahahaha. Btw sebelah aku ada Tom Cruise dengan Kak Bibir (Angelina Jolie). Diorang baru habis shooting dekat Pavilion. Dia kata nak buat kajian terhadap budak budak hot kat situ. Dioranhg kata hotstuff dekat situ kebanyakan nya BATAK. Hahaha. Kebatakan melanda. Kebatakan ni anak kepada hotstuff yang batak followers dekat Twiter nun haa. Hahaha. Sorry kalau terasa. Bak kata orang "Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya" Apa kebangang makan cili lat lat. Masak la cili tu dulu. Baru umphhhhhhhh. Hahaha. Sodapppp.

So guysss, Musin gelak telah pun tibaa. MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 telah pun kembali. Shah Alam !!! Piece Yowwww. Haaa, saya suka mata saya ni, macam cantik je macam cantik je. Kmerepek.
(Osbon) "Saya suka gigi saya, macam cantik je macam jongang je" (Sepah) "Tadi tuk kemas kemas ni, lepastu tuk tanya orang kampung semua dah sampai ke pastu tuk angkat telefon pastu letak pastu hilang"
(Jambu) "6 kali cecair berapa?" Haaha, ni antara kumpulan yang aku minat. Siap hafal lagi skrip tu toqq. punya feel minta tu kann. haha. Jangan lupa tau saksikan MLM 2013. Memang gempak !!

Playboy Itu Suami Aku. Haa, korang mesti dah tahu cerita ni kann? Ada yang minta ada jugak yang tak minta. Diorang kata takbest. tapi bagi aku bolehh aaa boleh aa. Hahaaha. Pelakon lelaki tu nama dia Fattah Amin. Hensengggg sangat. Nama heroin dia pulak Nur Risteenaa. Cantikk angatt. Comel je jadi nerd. Jangan lupa saksikan Playboy Itu Suami Aku pada pukul 7 setiap hari Isnin hingga Khais.

Oklaa, out dulu yaa. Bye, Assalamualaikum.

Sahabat.

Assalamualaikum. Jawab la salam tu. Kalau tak jawab dosa tauu :) Heee :D Cuba baca tajuk tu. Last day of school kan? Haa, sebelum tu Atin nak ceritakan pasal Sahabat. Tahu apa itu sahabat? Haa, kalau korang nak tahu ciri ciri Sahabat mehh sini Atin tunjukkan.

  • Orang yang ada waktu kita susah dan senang
  • Tidak mengkhianati kita
  • Kawan yang setia
  • Kawan yang tidak mengutuk belakang
  • Orang yang faham kita
  • Bersedia mendengar masalah.
  • Mengajak ke arah kebaikan.
  • Menunjukkan teladan yang baik.
Haa, sebenarnya banyak lagi ciri seorang sahabat. Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan yang melanda diri. Namun demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi, ada beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita ketahui.

          Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.


          Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang minyak kita akan ikut bau minyak.

          Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

          Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.


          Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak. 

Tuesday 19 November 2013

DUGAAN.

Ya Allah, dugaan jenis apakah yang kau berikan pada hambamu ini Ya Allah. Aku tidak kuat untuk menempuhnya. Aku tidak kuat kerana tiadanya orang yang aku sayang disisi aku yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Iaitu Arwah ayahku. Abah telah meninggalkan aku sekeluarga pada tahun ini. Tahu ini tahun yang paling sedih bagi aku. Menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa Bapa. Sedihnya pada pagi raya hanya tuhan saja yang tahu. Tidak ketara sedih ini apabila melihat orang lain bersalam dengan Ayahnya pada pagi Hari Raya. Aku nangis dengan sepuas puasnyaa.

Tidak tertahan rasa rindu di  dada. Aku mahu ayahku kembali. Lama aku hidup dengannyaa. Kini aku digelar Anak Yatim. Aku sedih mengenangkan itu. Selepas ketiadaan ayahku, ibu hilang semangat untuk hidup. Separuh daripada semangat ibuku telah dibawa oleh Arwah Ayahku. Ibu kini hidup di atas semangat anak anaknya sahaja.

Sebelum ayahku meninggal, aku berbisik di telinganyaa. Sedang dia Nazak, aku dan ibuku menangis semahu mahunya. Nafas ayahku semakin perlahan. Perlahan. Perlahan. Dan.... Ayahku telah pun pergi dari Dunia yang Fana ini. Dah hiduplah ayahku di alam sana. Moga ayah ku ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Aminn. Insyaallah. Dan sekarang, aku harus menjadi kekuatan ibuku. Aku harus memulihkan semangat ibuku yang telah dibawa pergi oleh ayah. Begitu cepat ayahku pergi. Aku rindu untuk memeluknyaa. Bagaimana rindu itu hanya Tuhan saja yang tahu.

Assalamualaikum :')

Saturday 28 September 2013

My buddyz problem. Haha :D


jawab please. Heee :D

Now aku nak cerita pasal tiga orang member aku nii. Masing masing ada masalh dia sendiri. Meh sini aku nak cerita satu satu masalah diorang.

First, aku nak cerita pasal Aireene. Siapa? Alaaa, dia ni lah yang aku selalu cerita dekat blog aku nii. Haa, masalah dia... Ada lah sorang budak lelaki ni suka dekat dia. Satu sekolah lagi dengan AIireene.Tapi Aireene ni dah ada pakwe. Masalahnya lagi pakwe aireene ni nak pindah Terengganu. Jadi Aireene ni tak tahu samaada nak pilih orang dekat atau orang jauh. Aku selalu bagi nasihat supaya dia plih orang dekat. Aku suruh dia pilih orang yang suka dekat dia tuu. Tapi dia taknak. Dia kata dia sayang dekat Pakwe dia tuu.

ku selalu cakap Awek awek dekat Ganu tu semua cun cun. Mana tahu pakwe kau tu sangkut dekat awek sana. Susah hidup beb. Dia tetap degil. Haishh ==' Dia tengah buntu sekarang nii. Bagi pilihan dekat dia boleh?

Second, pasal Nia. Dia sekarang ni single. And dia seaalu mengadu dekat aku yang dia rindu ex dia tuu. tapi dia ada scandal dengan orang lain. Sakai. Aku kata kau pergi je lah dekat scandal kau tu. Sekurangnya dia boleh jaga kau. tapi dia degil, dia tetap jugak sebut nama ex dia depan aku. Gerammm. Dia kata ex dia tu makin hensem. Aku tengok sama je. Lebih buruk kot. Bhahha. Sorry sorry. Masalah sekarang ni macam mana aku nk senyapkan mulut si Nia dari asyik sebut je nama ex dia? Bagi cadangan please?

Last, pasal Hazirah. Dia ada pakwe satu kelas dengan dia. Pastu bila kitorang tanya dia cakap mana ada . Dia ni malu sangat laa. Kadang kadang dia cakap yang pakwe dia tu musuh dia lah, bestfriend dia la. Haishhh, sakai. Soalannya, kenapa Hazirah malu untuk mengaku yang Azhan tu Pakwe dia?

Peniing pulak aku. Klha, bye. Assalamualaikum.

Sudahlah. Berhenti lah berharap Atin.


Yupp, aku benci kau banyak. Banyak sesangat :(

Lama tau. Lama aku tunggu kau. tapi, macam ni kau buat aku. Kau tak pernah nak hargai penantian aku selama ni. Sakit sangat hati bila kau buat aku macam ni. Kenapa kau bodoh sangat hah?? Lama lepas tu, aku sedar yang aku tengah tunggu orang yang tak pernah nak hargai aku. Aku salah orang. Aku ingatkan kau seorang yang pandai menghargai. Tapi rupanya tak. Aku silap. Aku silap pilih orang. Menyesal pun ada jugak.

yaa, aku akui yang aku masih sayang kan kau walaupun aku benci kau. Benci tu banyak, sayang tu sikit je. Hmmmm. Dia nak tunggu ex dia. Dia kata nak tunggu ex dia tu sampai mati, katanyaa. Tapi... Hmmm, lelaki kan. Boleh ke percaya? Kata nak tunggu, tengok tengok esok dah dapat awek baru. Sakai. Memang tu la sifat lelaki. * Bukan semua lelaki yaa, maaf. * Kalau orang tanya aku yang aku benci dia tak aku akan jawab yaaa, memang aku benci dia. Tapi kalau ada orang tanya yang aku sayangkan dia tak aku akan jawab aku sayang dia. Hmmm, pening kan.

Aku tak pasti yang aku still berharap ataupun tidak. Aku buntu. Tak tahu nak pilih apa :(

Maaf kalau ada yang terasa. Lagi lagi pasal lelaki tu. Bye, Assalamualaikum.

Saturday 20 July 2013

What a boring dayy :(


Boring nya. Tak tahu nak buat apa.

Assalammualikum. Haaa, jawab la salam tu. Kalau tak jawab berdosa tau. Haha xD. Btw korang tengah buat apa? Huh? takde buat pape? Ouh, sama la. Korang boring tak? Huh? Boring? Haha, kita sama. Mana tak boring nya kalau on Facebook boring Twitter pulak buat hal. Haishhhh, dah tak t6ahu nak buat apa just update blog je lah. Hmmm. Korang2, aku ada cerita ni. Nak dengar tak? Nak? Okay2. Cerita dia macam ni.

Semalam aku dengan cousin aku bawak motor ikut jalan belakang nak pi isi minyak untuk pergi mandi dekat empang. Kitorang tak pakai helmet masa tu yela sebab kitorang ikut jalan belakang. Tetiba ada dua orang polis ni datang kat abang aku and then tanya helmet mana helmet? Patu abang aku jawab la kitorang ikut jalan belakang so kitorang tak pakai helmet la sebab kitorang nak pergi empang. Pastu polis sorang lagi tu dia rapat dengan Arwah abah aku and then dia tanya awak ni anak tok empat Kemin kan? Pastu abang aku jawab la ya. Sebaik abang aku jawab ya je dia terus cakap takpelah, lain kali pakai helmet tau, Okay dah kamu boleh lepas.

Pastu kawan dia lagi sorang tu tetiba pulak menganjing dia patah balik and then dia kata ni kena saman sebab tak pakai helmet ni. Bapak sakit hati den. Abang aku jawab la kitorang ikut jalan belakang cik, perlu ke nak pakai helmet? Pastu dia jawab, awak jangan nak menipu eh, awak mesti ikut jalan besar kan? polis tu tetap tuduh abang aku ikut jalan besar. Shittt betul la. Tak tahu la kitorang kena saman ke tidak sebab dia just mintak no i.c and nombor flat mototr je. Dia tak bagi pun resit saman tu. hmmm, camne ni? kalau mak aku tahu habis la aku. haishhh. Dugaan di bulan puasa :(

Klha, off dulu. Baboiii.

Friday 19 July 2013

BFF itew. Haha xD


Always love you all.

Semenjak aku masuk sekolah menengah ni, aku dapat ramai kawan yang best and sekepala dengan aku, terutamanya Nasrin. Dia boleh masuk dengan kepala aku. Kalau aku ada kawan sekepala, apa lagi memang jadi gila la aku. Chop2 Nasrin tu Gegurl k. Nama penuh dia Nasrin Hanisa Bt. Hashim. Budak2 ni panggil dia Nia, tapi aku panggil Nasrin je sebab tak biasa panggil Nia. Dia ni manis orangnya. Sopan santun and pandai hormat orang. Ramai yang suka berkawan dengan dia. Ramai suka dia jugak. Korang nak tengok muka dia? Nah gambar dia.


Comel kan?


Gambar ni dia nampak Gemuk la -_-

Second friend is Hazirah. Hazirah ni kpop fans. Entah apa yang dia minat dengan kpop tu entah. Aku paling benci kpop. Boleh dikatakan anti kpop. Apa yang best sangat kpop ni huh? Nama penuh Hazirah ialah Hazirah Bt. Alias. Dia comel . Yang paling penting dia sepet k. Haha, itu yang paling penting. Bila dia gelak mata dia hilang. Huh? Sebab apa? Sebab dia sepet l. Dia yang paling weng dalam kelas. Aku sayang dia. Dia tak HAbis2 panggil aku Bryan. Entah apa kena entah anak Cik Alias ni -_- Ni gambar dia.


Sebijik rupa cik Alias. Haha xD


Embedded image permalink
Elele, cer tengok mata dia tu. Haha

Bawah ni gambar member aku yang Ohsem.

Embedded image permalink

Embedded image permalink





Embedded image permalink

Tu jelah yang dapat aku cerita pada harini.. Baboiii :)

Sad :(


Sedih sesangat :(

Harini aku tak tahu kenapa aku sedih sangat. Maybe cikgu BI aku dah tak mengajar akulagi kot. Nama dia Aliashak. Dia sporting gila, boleh dikatakan otak dia gila2 la. Dia kena tukar dengan Cikgu Tan. Dha la cikgu cina tu tak best langsung mengajar. Tak sporting langsung. rupa dah la macam Cartoon. haha *Gelak jahat* Belajar dengan Cikgu lishak memang best, Tak tahu la kenpa best sangat belajar dengan dia. Klaau aku tak sipa kerja sekolah mesti dia lepaskan je. Kalau bebudak lain tak siap dia mesti pukul. Aku baik dengan cikgu tu :(

Tak sangka pulak. Sebenarnya dia bukannya guru Bahasa Inggeris. Dia guru ICTL sebenarnya. tu lah sebabnya dia ken atukar. Walau papepun aku tetap nak belajar dengan dia. Pengetua ni pun satu, tak payah la tukar, biarlah je lah dia mengajar saya. Walaupun dia guru ICTL, tapi Bahasa Inggeris dia Mantoppp.. haha xD Dia Awesome sangat. Dia tak kisah pun kalau bebudak nin taknak masuk kelas dia sebab dia kata kalau nak belajar, datang kalau taknak belajar Go die. Haishh -_-

Kereta dia dah macam office dia dah, bersepah bukan main. Kertas ujian semuanya dia letak dalam kereta dia. Kitorang selalu jugaklah kutuk dia, tapi takde lah teruk mana. kutuk macam tu je la.

Klha, nak off ni. Baboiii :)

Thursday 18 July 2013

Abah dah takde :(

Abah, akak rindu aah :(

Kamarol Bahri B. Mustaffa, itulah nama Arwah ayah aku. Ayah aku meninggal seminggu sebelum puasa. Tahun ni aku tak dapat puasa and raya dengan ayah aku. Macam manalah keadaan kitorang satu family time raya nanti tanpa ayah aku. Abah, tahun ni raya akak tak dapat nak peluk and cium tangan abah lagi. Pagi tadi akak menangis sepuas-puasnya sebab akak rindu sesangat kat abah. Akak tak tahu nak buat apa lagi dah. Akak cuma boleh sedekahkan Al-fatihah je kat abah. itu je yang akak mampu sekarang ni. Kalau nak bercakap dengan abah pun tak boleh sebab abah bukan dekat alam kakak lagi.

Akak ingat lagi pesanan abah waktu raya tahun lepas. Aah suruh akak belajar bersungguh-sungguh and berjaya dalam hidup. insyaallah akak akan usahakan sebab itu pesana terakhir abah kan? Hmmm, akak rindu abah sesangat. Haritu akak ada mimpi abah tau. Dalam mimpi tu abah senyap je. tak cakap apa2 pun. ibu cakap kalau mimpi macam tu maknanya abah melawat akak. Betul ke?

Akak nak sangat cium tangan abah. Tapi akak tahu semua tu takkan terjadi lagi sebab abah ah takde. abah dah kembali mengdap Allah. Allah lebih sayangkan abah. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Abah akan tetap di hati akak and akak takkan pernah lupakan abah. Selama 13 tahun akak dah hidup dengan abah mana mungkin akak boleh lupakan seorang lelaki yang pernah bergelar ayah seperti abah :(

Oklah, aku nak tidur ni. Kbyee.



Tuesday 4 June 2013

Banyak perkara yang berlaku .



Setelah lama aku tidak mengupdate blog , banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku ni . Rasa2 ada la dalam sebulan lebih kot aku tak update blog ni . Aku bukannya busy , tapi aku malas la nak update blog . Sekarang ni aku update blog sebab aku rindu sangat dekat blog aku ni . Tapi sepanjang aku tak update blog ni , banyak kisah sedih , happy , kurang happy pun ada :(

Kisah sedihnya ialah penyakit ayah aku yang tak elok2 lagi . aku tengok dia main kurus , makin tak bermaya . Aku sedih melihat keadaan ayah aku macam tu , tapi apa nak buat .  Kalau Allah kata jadi , maka jadilah ia . Kita tak boleh nak halang ! Kuasa Allah lagi kuat :) Aku hanya mamapu berdoa kepadaNya supaya ayah aku cepat sembuh .

Kisah happy nya pulak ialah , aku dah sebulan lebih dah dengan SR .. Aku happy sangat sebab aku kekal dengan dia , walaupun kitorang banyak kali gaduh tapi dia tetap sabar dengan perangai aku yang ntah pape ni -_- .

Yang kurang happy ialah kawan baru aku tu dah lupa aku .. Hmmm aku ingatkan nak jadi member terus , tapi perangai dia macam sialll -_-

 Klha , ni je yang aku nk cerita , Kbye :)

Si photographer .

Si photographer ? Siapa ? Aku la tu .. Sebenarnya bukan aku , tapi angan2 aku nak jadi photographer ! Aku  harap la dapat capai cita2 aku ni ... Klaau dapat part-time jadi photographer ni pun jadi la , Nah aku ada amik gambar cousin aku .. tengok la eh .





Takda bakat langsung kan ? Tahu tu .. Klha bye :')

Wednesday 10 April 2013

Today , Im sad :'(


Takde  modd harini :(

Esok ayah aku kena masuk hospital balik , Hmmm Nanti aku mesti rindu dekat ayah aku .. Aku akan rindu dekat mak aku jugak . Sebab mak aku pergi jugak hospital teman kan ayah aku . Aku mesti rindu dengan diorang . Aku nak ikut tapi mak ayah aku tak kasi sebab aku sekolah lagi .. Aku terpaksa tinggal dengan abang akun, Memang jadi gelanggang gusti la rumah ni bila mak ayah akutakde buat sementara ni , Sebab asal mak dengan ayah aku takde je mesti aku dengan abang aku tu gaduh . Hmm Apa la nak jadi kan ? xD

Minngu depan pulak aku kena duduk dengan makngah aku , Sebab abang aku dah balik serting .. So aku terpaksa menumpang rumah orang .. Aku sebenarnya tak suka menumpang rumah orang ni , Tapi sebab terpaksa , Aku gagahkan jugak hati aku untuk menumpang di rumah orang . Aku bukannya apa , Aku cuma berasa malu je . Rumah sendiri ada tapi kenapa nak tumpang rumah orang jugak ? Tapi disebabkan aku ada alasan yang kukuh , Terpaksa la aku menumpang rumah orang .. Kalau abang aku ada dekat rumah ni memang aku takkan menumpang rumah orag der !

Serius aku memang sedih nak lepaskan mak ayah aku pergi kat hospital :( .

Klha off dulu , Assalamualaikum !

Tuesday 9 April 2013

Alhamdullillah :)






Jawab la salam tu sayang oii xD

Alhamdullillah , Ayah aku tak jadi nak masuk hospital . Ya allah , Aku bersyukur sanagt sebab ayah aku tak masuk hospital . Aku harap ayah aku sihat sepenuhnya lepas ni , Aminn ! Huh ? Korang nak tahu apa sakit ayah aku ? Dia ada ketumbuhan dalam hati , So dia kena operate dua tiga hari lagi :( Tapi dia tak jadi operate kot sebab dokotor kata dia tak payah duduk dekat hospital . Aku bersyukur sangat .

Korang nak tahu macam mana aku tahu ? Sebenarnya time mak aku hantar aku pergi hospital , Aku tinggal kat rumah dengan abang aku . Sepatutnya aku kena tidur rumah cousin aku , Tapi aku paksa abang aku yang first suruh balik rumah , Abang first aku tu dia belajar dekat kolej .. Dia duduk rumah cousin aku dekat Serting . Lepas aku dah paksa dia balik tu dia pun terpaksa la mintak cuti dari pensyarah dia , Hehe Jahat tak aku ? xD

Malam tu aku nak call mak aku tanya khabar , Pastu abang first aku cakap tak payah sebab ayah aku tak jadi nak masuk hospital , Masa tu hanya tuhan je yang tahu betapa gembiranya hati aku . Aku gembira tak terkata masa tu , Serius .

Monday 8 April 2013

she was AWESOME

       

He's great, he's my role model .. Someday I will be like him, God willing . SO , KEEP CALM AND LOVE ZAYN MALIK :)

Haishh , Penat betul la nak edit blog ni . Aku nak cari blogskin yang lawa , Tapi tak la jumpa2 . Tapi aku jumpa jugak dengan blogskin taste aku , Lawa sangat . haha sekarang ni aku bukan nak cerita pasal blogskin ke apa . Aku nak cerita pasal benda yang terjadi kat aku semalam . Semalam , Aku ada cabar sorang budak  ni tegur aku kat sekolah , Haha aku rasa nak tergelak jugak bila ingat balik peristiwa tu . Serius lawak gila , Semalam ada dua perkara yang terjadi pada aku .  First , Aku rasa bahagia , Second , Aku rasa pelik .

Peristiwa yang pertama ialah , Macam yang aku cerita kat atas ni , Aku ada cabar sorang budak ni tegur aku dekat sekolah , Tapi korang nak tahu tak apa dia buat . Dia tak tegur langsung aku .. Korang nak tahu dia buat apa ? Dia senyum je kat aku , Buaknnya nak tegur aku pun , Haisshhh .. Korang2 , Boleh aku tanya satu soalan tak ? Adakah senyum termasuk dalam golongan menegur ? Tengok la nanti apa aku buat kat dia ..

Peristiwa yang kedua ialah , Orang budak satu kelas dengan aku yang aku tak pernah tegur pun tetiba je dia tegur ku .. Pastu boleh pulak dia berborak mesra dengan aku . Pelik , Selama ni dia bukan main sombong lagi dengan kitorang , Tup2 dia boleh jadi mesra dengan kitorang semalam . Pelik la wehh .Member2au semua pelik dengan perubahan dia yang secara mendadak tu . Tapi aku tak tahu la kalau esok atau lusa atau selama-lamanya dia berubah balik ke perangai lama dia . Aku maybe akan sedih kut bila dia berubah ke perangai lama dia . Sebab  selama ni aku nak sangat baik dengan dia . Tapi kalau dia berubah ke perangai lama dia tu , Haishh .. Pasrahh je la !

Klha off dulu , Assalammualaikum !

My profile


Booo~ Aku tak hamak pun dengan kau sayang -_-

Takde maksud yang tersirat pada gambar dan caption di atas *tetibo . Errr , Lama dah aku tak update blog ni , Rasa2 ada lah dalam sebulan kot . Sebenarnya Aku nak kenalkan diri aku , Sebab dalam blog ni mana ada gambar aku .. SO , Aku nak post sikit gambar aku aku kat dalam blog ni . Korang jangan marah eh ? Eh , Buat apa korang nak marah , Ni bukan kotang punya blog pun , Heee xD















Nur Fatehani Bt Kamarol Bahri










I LOVE YOU <3

Minah atas ni poyo kan  -,-

The Original me :)














Yang belakang tu adik saya , Opss bukan adik saya .. Tapi musuh saya xD


Yang kat atas ni la gambar aku , Puas ? Ramai sangat yang suruh aku letak gambar sendiri dalam blog . Aku malas nak nak letak gambar aku sendiri dlam blog , Sebab nanti korang jatuh cinta pulak :P . Haha So , Korang jangan nak kutuk2 gambar aku . Siapa yang menyampah tengok gambar ni sila angkat kaki anda dan blah dari sini , Aku pun meluat tengok muka korang xD .

Klha off dulu , Assalammualaikum .