Ya Allah, dugaan jenis apakah yang kau berikan pada hambamu ini Ya Allah. Aku tidak kuat untuk menempuhnya. Aku tidak kuat kerana tiadanya orang yang aku sayang disisi aku yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Iaitu Arwah ayahku. Abah telah meninggalkan aku sekeluarga pada tahun ini. Tahu ini tahun yang paling sedih bagi aku. Menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa Bapa. Sedihnya pada pagi raya hanya tuhan saja yang tahu. Tidak ketara sedih ini apabila melihat orang lain bersalam dengan Ayahnya pada pagi Hari Raya. Aku nangis dengan sepuas puasnyaa.
Tidak tertahan rasa rindu di dada. Aku mahu ayahku kembali. Lama aku hidup dengannyaa. Kini aku digelar Anak Yatim. Aku sedih mengenangkan itu. Selepas ketiadaan ayahku, ibu hilang semangat untuk hidup. Separuh daripada semangat ibuku telah dibawa oleh Arwah Ayahku. Ibu kini hidup di atas semangat anak anaknya sahaja.
Sebelum ayahku meninggal, aku berbisik di telinganyaa. Sedang dia Nazak, aku dan ibuku menangis semahu mahunya. Nafas ayahku semakin perlahan. Perlahan. Perlahan. Dan.... Ayahku telah pun pergi dari Dunia yang Fana ini. Dah hiduplah ayahku di alam sana. Moga ayah ku ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Aminn. Insyaallah. Dan sekarang, aku harus menjadi kekuatan ibuku. Aku harus memulihkan semangat ibuku yang telah dibawa pergi oleh ayah. Begitu cepat ayahku pergi. Aku rindu untuk memeluknyaa. Bagaimana rindu itu hanya Tuhan saja yang tahu.
Assalamualaikum :')
No comments:
Post a Comment