Assalamualaikum. Keboringan. Apakah maksud keboringan tuu? Keboringan ni adik beradik dengan bosan. Mak ayah keboringan berasal daripada keturunan Belanda. Boroi dan juga Barai. Apabila boroi dan barai berkahwin, maka wujudlah keboringan ini. Harap maklum. Hahahaha. Btw sebelah aku ada Tom Cruise dengan Kak Bibir (Angelina Jolie). Diorang baru habis shooting dekat Pavilion. Dia kata nak buat kajian terhadap budak budak hot kat situ. Dioranhg kata hotstuff dekat situ kebanyakan nya BATAK. Hahaha. Kebatakan melanda. Kebatakan ni anak kepada hotstuff yang batak followers dekat Twiter nun haa. Hahaha. Sorry kalau terasa. Bak kata orang "Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya" Apa kebangang makan cili lat lat. Masak la cili tu dulu. Baru umphhhhhhhh. Hahaha. Sodapppp.
So guysss, Musin gelak telah pun tibaa. MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 telah pun kembali. Shah Alam !!! Piece Yowwww. Haaa, saya suka mata saya ni, macam cantik je macam cantik je. Kmerepek.
(Osbon) "Saya suka gigi saya, macam cantik je macam jongang je" (Sepah) "Tadi tuk kemas kemas ni, lepastu tuk tanya orang kampung semua dah sampai ke pastu tuk angkat telefon pastu letak pastu hilang"
(Jambu) "6 kali cecair berapa?" Haaha, ni antara kumpulan yang aku minat. Siap hafal lagi skrip tu toqq. punya feel minta tu kann. haha. Jangan lupa tau saksikan MLM 2013. Memang gempak !!
Playboy Itu Suami Aku. Haa, korang mesti dah tahu cerita ni kann? Ada yang minta ada jugak yang tak minta. Diorang kata takbest. tapi bagi aku bolehh aaa boleh aa. Hahaaha. Pelakon lelaki tu nama dia Fattah Amin. Hensengggg sangat. Nama heroin dia pulak Nur Risteenaa. Cantikk angatt. Comel je jadi nerd. Jangan lupa saksikan Playboy Itu Suami Aku pada pukul 7 setiap hari Isnin hingga Khais.
Oklaa, out dulu yaa. Bye, Assalamualaikum.
FALL IN LOVE WITH ONE DIRECTION "ZAYN MALIK"
Wednesday, 20 November 2013
Sahabat.
Assalamualaikum. Jawab la salam tu. Kalau tak jawab dosa tauu :) Heee :D Cuba baca tajuk tu. Last day of school kan? Haa, sebelum tu Atin nak ceritakan pasal Sahabat. Tahu apa itu sahabat? Haa, kalau korang nak tahu ciri ciri Sahabat mehh sini Atin tunjukkan.
Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang minyak kita akan ikut bau minyak.
Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
- Orang yang ada waktu kita susah dan senang
- Tidak mengkhianati kita
- Kawan yang setia
- Kawan yang tidak mengutuk belakang
- Orang yang faham kita
- Bersedia mendengar masalah.
- Mengajak ke arah kebaikan.
- Menunjukkan teladan yang baik.
Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.
Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang minyak kita akan ikut bau minyak.
Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.
Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.
Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
Sahabat saya ialahh. Haaa, link fb dia kat bawah ni.
https://www.facebook.com/eyin.daxsolehah?ref=ts&fref=ts
https://www.facebook.com/haniahanisa?ref=ts&fref=ts
https://www.facebook.com/nur.hazira.3?fref=ts
https://www.facebook.com/eyin.daxsolehah?ref=ts&fref=ts
https://www.facebook.com/haniahanisa?ref=ts&fref=ts
https://www.facebook.com/nur.hazira.3?fref=ts
Tuesday, 19 November 2013
DUGAAN.
Ya Allah, dugaan jenis apakah yang kau berikan pada hambamu ini Ya Allah. Aku tidak kuat untuk menempuhnya. Aku tidak kuat kerana tiadanya orang yang aku sayang disisi aku yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Iaitu Arwah ayahku. Abah telah meninggalkan aku sekeluarga pada tahun ini. Tahu ini tahun yang paling sedih bagi aku. Menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa Bapa. Sedihnya pada pagi raya hanya tuhan saja yang tahu. Tidak ketara sedih ini apabila melihat orang lain bersalam dengan Ayahnya pada pagi Hari Raya. Aku nangis dengan sepuas puasnyaa.
Tidak tertahan rasa rindu di dada. Aku mahu ayahku kembali. Lama aku hidup dengannyaa. Kini aku digelar Anak Yatim. Aku sedih mengenangkan itu. Selepas ketiadaan ayahku, ibu hilang semangat untuk hidup. Separuh daripada semangat ibuku telah dibawa oleh Arwah Ayahku. Ibu kini hidup di atas semangat anak anaknya sahaja.
Sebelum ayahku meninggal, aku berbisik di telinganyaa. Sedang dia Nazak, aku dan ibuku menangis semahu mahunya. Nafas ayahku semakin perlahan. Perlahan. Perlahan. Dan.... Ayahku telah pun pergi dari Dunia yang Fana ini. Dah hiduplah ayahku di alam sana. Moga ayah ku ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Aminn. Insyaallah. Dan sekarang, aku harus menjadi kekuatan ibuku. Aku harus memulihkan semangat ibuku yang telah dibawa pergi oleh ayah. Begitu cepat ayahku pergi. Aku rindu untuk memeluknyaa. Bagaimana rindu itu hanya Tuhan saja yang tahu.
Assalamualaikum :')

Subscribe to:
Posts (Atom)