FALL IN LOVE WITH ONE DIRECTION "ZAYN MALIK"


Tuesday 11 March 2014

Tidak dihargai

Baru pertama kali aku rasa perasaan yg tk dihargai. Sakit, amat sakit. Tidak boleh tanggung seorang diri. Terpaksa cari tempat mengadu untukku luakan segala-galanya. Nasibku baik, ada sahabat yg setia di sisiku mendengar ceritaku. Aku seperti kaum hawa yg lain, perlukan kasih sayang dari seorang lelaki. Setelah ketiadaan ayahku, aku kekurangan kasih syang dari seorang lelaki. Kasih sayang yg diberikan oleh abangku tidak sama dngan kasih syang yg ku terima dari orang yg aku cinta. Kini, kasih sayang dari orang yg bertakhta di hatiku ini sudah tiada. Sudah lenyap terus dari hidup aku di atas kesilapan aku. Aku yang silap dan aku telah menipunya.

Penipuanku tidaklh begitu teruk. Dia tidak mengizinkan ku keluar dn demi kawan, aku keluar secara diam diam. Setelah beberapa hari, dia mintk untuk putuskan hubungan ini. Aku lemah, hati luruh. Aku terduduk. Begitu mudah dia lepaskn ku. Begitu mudah dia buang aku dari hidupnya selepas bermacam-macam janji yg dia taburkan semasa aku dn dia sedang hangat bercinta. Aku rasa menyesal menipu dirinya dan aku menyesal kerana aku terlampau mempercayai janjinya itu. Kini aku sendiri yg terluka. Selepas kejadian tu, dia senyap begitu sahaja. Di sekolah tengok mukaku pun tidak sudi. Beinilah nasib.

Sudah bnyak kali aku paksa dia untuk berjumpa dan bincang depan depan. Dia taknak, kita dh takde apa apa hubungan katanya. Tapi aku masih sayang padanya, masih cinta dn tk mampu hidup tanpanya. Belum bersedia untuk melepaskn dia dari hati ini. Minggu depan aku ingin pergi ke tempat orng untuk menenangkn diri. Tutup phone dn sebagainya. Itu saja cara yang terbaik untuk mendapat ketenangan. Bila aku balik, aku nk lupakan semua kenangn pahit yg berlaku di Jelebu. Nk mulakan hidup yg baru tanpa dia di hati, dan juga fikiran. Apa yg dia dh buat amat terkesan dekat hati aku.

Bukan niat untuk melarikan diri dari masalh, cuma mahu sedikit ketenangan dan mahu melupakan dia. Mungkin itu sahaja cara untuk aku melupakan dia. Dah tkde cara lain. Terus berdoa kepada-Nya supaya proses untuk melupakan dia berjalan lancar. I hope so. Walaupun aku masih tidak dapat melupakann dia setelah aku pulang dari tempat orng, aku akan cuba untuk melupakannya. Aku akan kuat. Mohd Safiuddin Afiq B. Jaafridin


No comments:

Post a Comment