Assalamualaikum pembuka bicara. Kalau tidak ditimpa dugaan, bukanlah hidup namanya. Apalah erti hidup jika tanpa Si dia di sisi. Si dia yang sering memenuhi ruang hati dan sering mewarnai kehidupan kita seharian. Tidak lengkaplah cerita kita di dunia ini tanpa si dia. Dan ianya tidaklah dinamakan percintaan jika tiada rintangan dan dugaan yang menimpa setiap hubungan. Cinta bagaikan ombak, pasti ada pasang dan surutnya. Adakala kita bahagia, adakala kita berduka. Selagi tiada cinta yang utuh dan kuat di hati, maka tidak adalah sikap saling mempercayai pasangan masing masing. Jika tiada sikap kepercayaan, maka tidak akan lamalah atau erti kata lain hubungan itu akan rapuh hanya dengan satu hasutan dan bisikan syaitan.
Hati orang yang ikhlas tidaklah menilai seseorang itu dari luaran. Dia akan menilai seseorang dari dalaman. Orang yang melihat dari dalaman ini selalunya ingin mengenal hati budi kita dengan lebih mendalam lagi. Mungkin kita sudah lali untuk mempercayai janji seseorang yang menilai kita dari paras rupa. Orang yang menilai kita dari paras rupa akan memberi janji yang sangat manis. Tetapi dia tidak akan boleh menerima perangai dan sikap kita seadanya. Janganlah menyayangi seseorang itu lebih dari kita menyayangi diri sendiri kecuali kasih sayang kita untuk ahli keluarga sendiri.
Di dalam dunia ini ada pelbagai jenis manusia dengan pelbagai jenis pemikiran. Bak kata pepatah "Rambut sama hitam, hati lain-lain". Ada manusia yang berfikiran matang dan moden dan ada juga manusia yang berfikiran kolot. Janganlah kita menjadi seorang manusia yang berfikiran kolot. Jadilah manusia yang berfikiran matang dan moden. Ianya untuk masa depan kita juga. Setiap benda yang kita bermuat semuanya bermula dari hati. Di dalam badan kita ada satu daging, jika kita bersikap baik maka putihlah daging itu. Jika kita bersikap buruk maka hitamlah daging itu. Daging itu ialah hati.(Rujukan dari Ustazah Rodhiah). dengan hanya satu bisikan daripada syaitan ataupun orang yang ada hasrat dengki, dengan sekelip mata sahaja hati kita akan berubah. Jadi berhati hatilah menjaga hati yang kecil dan sensitif ini.
Ringkasan di atas adalah ikhlas dari hatiku, Atin. Nur Fatehani Bt Kamarol Bahri -AA- // Leo's
No comments:
Post a Comment