FALL IN LOVE WITH ONE DIRECTION "ZAYN MALIK"


Wednesday, 20 November 2013

Keboringan.

Assalamualaikum. Keboringan. Apakah maksud keboringan tuu? Keboringan ni adik beradik dengan bosan. Mak ayah keboringan berasal daripada keturunan Belanda. Boroi dan juga Barai. Apabila boroi dan barai berkahwin, maka wujudlah keboringan ini. Harap maklum. Hahahaha. Btw sebelah aku ada Tom Cruise dengan Kak Bibir (Angelina Jolie). Diorang baru habis shooting dekat Pavilion. Dia kata nak buat kajian terhadap budak budak hot kat situ. Dioranhg kata hotstuff dekat situ kebanyakan nya BATAK. Hahaha. Kebatakan melanda. Kebatakan ni anak kepada hotstuff yang batak followers dekat Twiter nun haa. Hahaha. Sorry kalau terasa. Bak kata orang "Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya" Apa kebangang makan cili lat lat. Masak la cili tu dulu. Baru umphhhhhhhh. Hahaha. Sodapppp.

So guysss, Musin gelak telah pun tibaa. MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 telah pun kembali. Shah Alam !!! Piece Yowwww. Haaa, saya suka mata saya ni, macam cantik je macam cantik je. Kmerepek.
(Osbon) "Saya suka gigi saya, macam cantik je macam jongang je" (Sepah) "Tadi tuk kemas kemas ni, lepastu tuk tanya orang kampung semua dah sampai ke pastu tuk angkat telefon pastu letak pastu hilang"
(Jambu) "6 kali cecair berapa?" Haaha, ni antara kumpulan yang aku minat. Siap hafal lagi skrip tu toqq. punya feel minta tu kann. haha. Jangan lupa tau saksikan MLM 2013. Memang gempak !!

Playboy Itu Suami Aku. Haa, korang mesti dah tahu cerita ni kann? Ada yang minta ada jugak yang tak minta. Diorang kata takbest. tapi bagi aku bolehh aaa boleh aa. Hahaaha. Pelakon lelaki tu nama dia Fattah Amin. Hensengggg sangat. Nama heroin dia pulak Nur Risteenaa. Cantikk angatt. Comel je jadi nerd. Jangan lupa saksikan Playboy Itu Suami Aku pada pukul 7 setiap hari Isnin hingga Khais.

Oklaa, out dulu yaa. Bye, Assalamualaikum.

Sahabat.

Assalamualaikum. Jawab la salam tu. Kalau tak jawab dosa tauu :) Heee :D Cuba baca tajuk tu. Last day of school kan? Haa, sebelum tu Atin nak ceritakan pasal Sahabat. Tahu apa itu sahabat? Haa, kalau korang nak tahu ciri ciri Sahabat mehh sini Atin tunjukkan.

  • Orang yang ada waktu kita susah dan senang
  • Tidak mengkhianati kita
  • Kawan yang setia
  • Kawan yang tidak mengutuk belakang
  • Orang yang faham kita
  • Bersedia mendengar masalah.
  • Mengajak ke arah kebaikan.
  • Menunjukkan teladan yang baik.
Haa, sebenarnya banyak lagi ciri seorang sahabat. Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan yang melanda diri. Namun demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi, ada beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita ketahui.

          Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.


          Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang minyak kita akan ikut bau minyak.

          Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

          Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.


          Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak. 

Tuesday, 19 November 2013

DUGAAN.

Ya Allah, dugaan jenis apakah yang kau berikan pada hambamu ini Ya Allah. Aku tidak kuat untuk menempuhnya. Aku tidak kuat kerana tiadanya orang yang aku sayang disisi aku yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Iaitu Arwah ayahku. Abah telah meninggalkan aku sekeluarga pada tahun ini. Tahu ini tahun yang paling sedih bagi aku. Menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa Bapa. Sedihnya pada pagi raya hanya tuhan saja yang tahu. Tidak ketara sedih ini apabila melihat orang lain bersalam dengan Ayahnya pada pagi Hari Raya. Aku nangis dengan sepuas puasnyaa.

Tidak tertahan rasa rindu di  dada. Aku mahu ayahku kembali. Lama aku hidup dengannyaa. Kini aku digelar Anak Yatim. Aku sedih mengenangkan itu. Selepas ketiadaan ayahku, ibu hilang semangat untuk hidup. Separuh daripada semangat ibuku telah dibawa oleh Arwah Ayahku. Ibu kini hidup di atas semangat anak anaknya sahaja.

Sebelum ayahku meninggal, aku berbisik di telinganyaa. Sedang dia Nazak, aku dan ibuku menangis semahu mahunya. Nafas ayahku semakin perlahan. Perlahan. Perlahan. Dan.... Ayahku telah pun pergi dari Dunia yang Fana ini. Dah hiduplah ayahku di alam sana. Moga ayah ku ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Aminn. Insyaallah. Dan sekarang, aku harus menjadi kekuatan ibuku. Aku harus memulihkan semangat ibuku yang telah dibawa pergi oleh ayah. Begitu cepat ayahku pergi. Aku rindu untuk memeluknyaa. Bagaimana rindu itu hanya Tuhan saja yang tahu.

Assalamualaikum :')

Saturday, 28 September 2013

My buddyz problem. Haha :D


jawab please. Heee :D

Now aku nak cerita pasal tiga orang member aku nii. Masing masing ada masalh dia sendiri. Meh sini aku nak cerita satu satu masalah diorang.

First, aku nak cerita pasal Aireene. Siapa? Alaaa, dia ni lah yang aku selalu cerita dekat blog aku nii. Haa, masalah dia... Ada lah sorang budak lelaki ni suka dekat dia. Satu sekolah lagi dengan AIireene.Tapi Aireene ni dah ada pakwe. Masalahnya lagi pakwe aireene ni nak pindah Terengganu. Jadi Aireene ni tak tahu samaada nak pilih orang dekat atau orang jauh. Aku selalu bagi nasihat supaya dia plih orang dekat. Aku suruh dia pilih orang yang suka dekat dia tuu. Tapi dia taknak. Dia kata dia sayang dekat Pakwe dia tuu.

ku selalu cakap Awek awek dekat Ganu tu semua cun cun. Mana tahu pakwe kau tu sangkut dekat awek sana. Susah hidup beb. Dia tetap degil. Haishh ==' Dia tengah buntu sekarang nii. Bagi pilihan dekat dia boleh?

Second, pasal Nia. Dia sekarang ni single. And dia seaalu mengadu dekat aku yang dia rindu ex dia tuu. tapi dia ada scandal dengan orang lain. Sakai. Aku kata kau pergi je lah dekat scandal kau tu. Sekurangnya dia boleh jaga kau. tapi dia degil, dia tetap jugak sebut nama ex dia depan aku. Gerammm. Dia kata ex dia tu makin hensem. Aku tengok sama je. Lebih buruk kot. Bhahha. Sorry sorry. Masalah sekarang ni macam mana aku nk senyapkan mulut si Nia dari asyik sebut je nama ex dia? Bagi cadangan please?

Last, pasal Hazirah. Dia ada pakwe satu kelas dengan dia. Pastu bila kitorang tanya dia cakap mana ada . Dia ni malu sangat laa. Kadang kadang dia cakap yang pakwe dia tu musuh dia lah, bestfriend dia la. Haishhh, sakai. Soalannya, kenapa Hazirah malu untuk mengaku yang Azhan tu Pakwe dia?

Peniing pulak aku. Klha, bye. Assalamualaikum.

Sudahlah. Berhenti lah berharap Atin.


Yupp, aku benci kau banyak. Banyak sesangat :(

Lama tau. Lama aku tunggu kau. tapi, macam ni kau buat aku. Kau tak pernah nak hargai penantian aku selama ni. Sakit sangat hati bila kau buat aku macam ni. Kenapa kau bodoh sangat hah?? Lama lepas tu, aku sedar yang aku tengah tunggu orang yang tak pernah nak hargai aku. Aku salah orang. Aku ingatkan kau seorang yang pandai menghargai. Tapi rupanya tak. Aku silap. Aku silap pilih orang. Menyesal pun ada jugak.

yaa, aku akui yang aku masih sayang kan kau walaupun aku benci kau. Benci tu banyak, sayang tu sikit je. Hmmmm. Dia nak tunggu ex dia. Dia kata nak tunggu ex dia tu sampai mati, katanyaa. Tapi... Hmmm, lelaki kan. Boleh ke percaya? Kata nak tunggu, tengok tengok esok dah dapat awek baru. Sakai. Memang tu la sifat lelaki. * Bukan semua lelaki yaa, maaf. * Kalau orang tanya aku yang aku benci dia tak aku akan jawab yaaa, memang aku benci dia. Tapi kalau ada orang tanya yang aku sayangkan dia tak aku akan jawab aku sayang dia. Hmmm, pening kan.

Aku tak pasti yang aku still berharap ataupun tidak. Aku buntu. Tak tahu nak pilih apa :(

Maaf kalau ada yang terasa. Lagi lagi pasal lelaki tu. Bye, Assalamualaikum.

Saturday, 20 July 2013

What a boring dayy :(


Boring nya. Tak tahu nak buat apa.

Assalammualikum. Haaa, jawab la salam tu. Kalau tak jawab berdosa tau. Haha xD. Btw korang tengah buat apa? Huh? takde buat pape? Ouh, sama la. Korang boring tak? Huh? Boring? Haha, kita sama. Mana tak boring nya kalau on Facebook boring Twitter pulak buat hal. Haishhhh, dah tak t6ahu nak buat apa just update blog je lah. Hmmm. Korang2, aku ada cerita ni. Nak dengar tak? Nak? Okay2. Cerita dia macam ni.

Semalam aku dengan cousin aku bawak motor ikut jalan belakang nak pi isi minyak untuk pergi mandi dekat empang. Kitorang tak pakai helmet masa tu yela sebab kitorang ikut jalan belakang. Tetiba ada dua orang polis ni datang kat abang aku and then tanya helmet mana helmet? Patu abang aku jawab la kitorang ikut jalan belakang so kitorang tak pakai helmet la sebab kitorang nak pergi empang. Pastu polis sorang lagi tu dia rapat dengan Arwah abah aku and then dia tanya awak ni anak tok empat Kemin kan? Pastu abang aku jawab la ya. Sebaik abang aku jawab ya je dia terus cakap takpelah, lain kali pakai helmet tau, Okay dah kamu boleh lepas.

Pastu kawan dia lagi sorang tu tetiba pulak menganjing dia patah balik and then dia kata ni kena saman sebab tak pakai helmet ni. Bapak sakit hati den. Abang aku jawab la kitorang ikut jalan belakang cik, perlu ke nak pakai helmet? Pastu dia jawab, awak jangan nak menipu eh, awak mesti ikut jalan besar kan? polis tu tetap tuduh abang aku ikut jalan besar. Shittt betul la. Tak tahu la kitorang kena saman ke tidak sebab dia just mintak no i.c and nombor flat mototr je. Dia tak bagi pun resit saman tu. hmmm, camne ni? kalau mak aku tahu habis la aku. haishhh. Dugaan di bulan puasa :(

Klha, off dulu. Baboiii.

Friday, 19 July 2013

BFF itew. Haha xD


Always love you all.

Semenjak aku masuk sekolah menengah ni, aku dapat ramai kawan yang best and sekepala dengan aku, terutamanya Nasrin. Dia boleh masuk dengan kepala aku. Kalau aku ada kawan sekepala, apa lagi memang jadi gila la aku. Chop2 Nasrin tu Gegurl k. Nama penuh dia Nasrin Hanisa Bt. Hashim. Budak2 ni panggil dia Nia, tapi aku panggil Nasrin je sebab tak biasa panggil Nia. Dia ni manis orangnya. Sopan santun and pandai hormat orang. Ramai yang suka berkawan dengan dia. Ramai suka dia jugak. Korang nak tengok muka dia? Nah gambar dia.


Comel kan?


Gambar ni dia nampak Gemuk la -_-

Second friend is Hazirah. Hazirah ni kpop fans. Entah apa yang dia minat dengan kpop tu entah. Aku paling benci kpop. Boleh dikatakan anti kpop. Apa yang best sangat kpop ni huh? Nama penuh Hazirah ialah Hazirah Bt. Alias. Dia comel . Yang paling penting dia sepet k. Haha, itu yang paling penting. Bila dia gelak mata dia hilang. Huh? Sebab apa? Sebab dia sepet l. Dia yang paling weng dalam kelas. Aku sayang dia. Dia tak HAbis2 panggil aku Bryan. Entah apa kena entah anak Cik Alias ni -_- Ni gambar dia.


Sebijik rupa cik Alias. Haha xD


Embedded image permalink
Elele, cer tengok mata dia tu. Haha

Bawah ni gambar member aku yang Ohsem.

Embedded image permalink

Embedded image permalink





Embedded image permalink

Tu jelah yang dapat aku cerita pada harini.. Baboiii :)